CRETS Simulasi Pemikiran Kreatif
UMUR: 5 - 6 Tahun
Kursus Pembangunan Pemikiran Yang Terbukti Berkesan Untuk Kanak-Kanak Pra-Sekolah

IBUBAPA: Bagaimana Anda Mengajar Anak-Anak Anda Berfikir? Apakah Caranya?

GeniusBrain CRETS | Membina Minda Muda: Membimbing Pemikir Kreatif Masa Depan Di Tadika Anak Anda!

"Sudahkah anda menyemai benih pemikiran pada anak-anak anda? "

Di era Artificial Intelligence (AI), pemikiran kreatif adalah satu-satunya yang tidak dapat digantikan.

Penyelidikan Kreativiti oleh Dr. George Land and Beth Jarma

Ujian yang dicipta oleh Land dan Jarman untuk NASA adalah mudah dan boleh digunakan untuk mana-mana kumpulan umur. Oleh itu, mereka memutuskan untuk mengukur kemajuan 1600 kanak-kanak berumur antara 4 dan 5 tahun. 98% daripada 1600 kanak-kanak tersebut mencapai tahap genius! Dalam tempoh 5 tahun kemudian, mereka memberikan ujian yang sama kepada kumpulan kanak-kanak yang sama tetapi hasilnya menurun kepada hanya 30% sahaja, satu pengurangan sebanyak 68%. 5 tahun kemudian, ketika semua kanak-kanak tersebut sudah berada di sekolah menengah, mereka menjalankan ujian yang sama lagi, tetapi kali ini, hanya 12% daripada mereka mencapai tahap genius!

Land kemudiannya menjalankan ujian yang sama kepada orang dewasa dengan purata umur 31 tahun dan mendapati kurang daripada 2% daripada semua orang dewasa mencapai tahap genius.

Keputusan menunjukkan bahawa semakin tua kita, semakin kurang kreatif kita. Itulah sebabnya kita melihat bahawa apabila kanak-kanak belajar bahasa baru, mereka dapat belajar dengan lebih cepat daripada orang dewasa. Berita baiknya adalah Kreativiti boleh dipupuk. Dengan memberikan simulasi otak yang betul kepada kanak-kanak, mereka dapat mengekalkan kreativiti mereka dan menyelesaikan masalah dari pelbagai perspektif.

Hasil Pembelajaran CRETS

Kurikulum GeniusBrain CRETS- INFO

——KRITERIA KEMASUKAN ——

BAHAN PEMBELAJARAN YANG INNOVATIF

FOUNDATION

BASIC

INTERMEDIATE

HIGHER

"Saya perasan perubahan yang signifikan dalam sikap pelajar terhadap pembelajaran di dalam bilik darjah selepas menyertai program CRETS. Salah seorang daripada pelajar saya, yang sebelum ini sering berangan dan pendiam, kini telah berubah menjadi lebih terbuka. Mereka kini terlibat dalam perbualan dengan orang lain dan mengambil bahagian secara aktif dalam kelas. Kini, para pelajar saya juga jauh lebih peka di dalam bilik darjah."
Ms. Chandra
Taska Evershine | Guru
"Saya merancang untuk menjadikan kursus CRETS wajib di tadika saya mulai tahun depan, kerana saya amat terkesan dengan kemajuan pelajar-pelajar. Mereka kini lebih disiplin berbanding sebelum ini dan telah belajar untuk menghormati guru-guru mereka serta persekitaran bilik darjah di mana mereka sepatutnya belajar dengan cara dan sikap yang sesuai. Semua pelajar sangat bersemangat dengan kursus CRETS kerana ia santai dan menyeronokkan."
Pn. Aziah
Tadika Alam Didikan Insan | Prinsipal
"Apabila melancarkan CRETS, ia bermula dengan beberapa kesukaran disebabkan oleh prestasi lemah sedia ada dikalangan murid-murid saya di dalam kelas. Seiring dengan berjalannya kursus, kanak-kanak yang sebelum ini tidak aktif, cenderung untuk juga turut serta, mengangkat tangan untuk menjawab soalan-soalan. Saya dapati bahawa program ini sebenarnya membantu kanak-kanak berfikir melebihi daripada yang saya jangka. Pada hari ini, mereka peka di dalam kelas dan terlibat sepenuhnya. Kemahiran motor mereka juga telah meningkat. Saya gembira untuk menerapkan program ini kerana saya dapat melihat perkembangan murid-murid saya secara beransur-ansur."
Ms. Mun
Tadika Adik Bisthari | Prinsipal
"Saya amat berpuas hati dengan sikap positif dan peningkatan dalam keupayaan pembelajaran yang ditunjukkan oleh anak saya dalam kehidupan harian. Beliau adalah seorang budak yang sangat pemalu dan saya ingat dia menangis pada hari pertama menyertai program CRETS. Kemudian, beliau menjadi lebih bersemangat dan tidak sabar untuk menghadiri kelas. Saya juga melihat peningkatan dalam keyakinan dirinya. Terima kasih kepada GENIUSBRAIN, saya dengan penuh harap menantikan kemajuan dan peningkatan keseluruhan anak saya."
Ibubapa
Tadika Alam Didikan Insan
"Saya telah mendaftarkan anak perempuan saya dalam kursus CRETS dan saya gembira melihat perkembangan dalam dirinya yang membuat saya bersemangat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai lain-lain program GENIUSBRAIN dan berharap anak saya dapat menyertainya juga."
Ibubapa
Taska Evershine Child Centre
"Cucu saya adalah seorang budak lelaki yang sangat pemalu. Dia hanya bercakap dengan beberapa rakannya sahaja kerana rendah diri. Cucu saya amat takut untuk pergi ke sekolah dan hampir tidak memahami apa yang diajar di dalam kelas. Setelah sebulan menghadiri CRETS, beliau kini menjadi orang yang berbeza. Sekarang, dia dapat bercakap dengan yang pelajar yang lain tanpa rasa takut. Dia juga tidak sabar untuk pergi ke tadika dan memberikan perhatian kepada pengajaran di kelas dan mengambil bahagian dengan baik."
Datuk
Taska Evershine Child Centre

KELAS CRETS DI TADIKA-TADIKA

Sebahagian Daripada

TADIKA-TADIKA CRETS

"Untuk memperkenalkan GeniusBrain CRETS kepada tadika anak anda, sila lengkapkan borang di bawah. Kami akan segera menyediakan maklumat yang diperlukan kepada tadika anak anda. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp di +6011-5979 5740 untuk maklumat lanjut."

Parents Request CRETS (#73)
Language »
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to shop
    Open chat
    Live Chat
    GeniusBrain Support
    Hi...thanks for visiting us. How can we assist?